Surah Al- Faatihah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Thursday, October 28, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Menurut riwayat dalam kitab Syarah Al-Arba’in Al-Nawawiyah, bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan:
1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.
2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang- orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya jangan memakan buah yang terlarang itu.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَ نِعْمَ الْوَكِيْل
keyakinan dari Allah pasti menolong, memenuhi keperluan dan merungkaikan kesempitan di dada....
Thursday, October 7, 2010
Aku Yang Luar Biasa
Tapi aku bangga dapat bersahabat dengan mu, seperti tangan ini dipimpin untuk berjalan barsama. Hangat bukan pada penganan erat tangan mu sahaja malah suaramu yang sering membangkitkan semangat. Terkadang aku terlena... namun aku bersyukur , dirimu segera mencabar naluriku...
Wahai sahabatku...dalam diam diri ini terkelu melihat mu!
Kau bukan seorang teman untuk ku tapi diri mu ibarat menerangi sahabat –sahabat yang lain. Ketegasan mu membuatkan aku banyak berfikir tentang apa yang engkau luahkan. Ayat-ayatmu yang pasti “ jangan tanya kenapa, tapi fikirlah mengapa!”
Aku bersyukur kerana dahulunya aku tidak “paksa” diriku untuk belajar, tapi sekarang aku “memaksa” diriku untuk belajar.. kerana aku sedar kurangnya ilmu aku melayari hidup yang luas ini. Apabila kurang ilmu maka kuranglah agamaku. “Agama itu nasihat..” Alhamdulillah...hati ini tidak perlu untuk dipaksa lagi, aku akan terus belajar dan belajar, malah akan sama-sama mengajar..Insyallah!
Aku tidak sepertimu, sahabat!
Tapi aku cuba .. jadi sepertimu. Tegas, ada pendirian, mesra, sabar, pemurah, banyak membantu. Aku akan sama-sama berdiri untuk memberitahu bahawa aku berdiri kerana hangat pengangan tanganmu.
Saturday, October 2, 2010
Sunday, August 29, 2010
Interaksi Terbaik Dengan AL-QURAN
Satu peristiwa yang amat penting kepada umat Islam ialah penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Pada setiap Ramadan, Rasulullah s.a.w. bertadarus, belajar dan memahami al-Quran daripada Jibrail. Ia bukan sekadar membaca tetapi yang lebih penting ialah memahami dan memerhati serta melaksanakan tuntutan al-Quran. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca al-Quran dan belajar memahaminya dikalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan, dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisi-Nya".
Firman Allah, maksudnya: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata.
(Al-Baqarah: Ayat 185)
Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia. Ia menjawab persoalan yang sentiasa terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan tersebut.
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan."
( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)
Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja. Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia yang kekal abadi.
Firman Allah, maksudnya: "Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya." Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan bumi ini."
(Al-Mulk: Ayat 2)
Keistimewaan al-Quran sebagai 1dastur Ilahi ialah ia merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia.
Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah."
(An-Nahl: Ayat 89)
Keduanya ialah al-Quran merupakan kitab yang mudah dan senang diingat. Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang melainkan al-Quran. Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan al-Quran dihafal oleh kanak-kanak Muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa ibunda mereka.
Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran."
(Al-Qamar: Ayat 17)
Keistimewaan ketiga ialah al-Quran merupakan kitab yang adil sepertimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit, lelaki ataupun wanita.
Keistimewaan keempat ialah al-Quran ini kekal dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Al-Quran bukan merupakan panduan untuk satu bangsa atau untuk satu zaman tetapi ia merupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman.
Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran, kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum Muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukkan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia. Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan.
Firman Allah, maksudnya: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan."
(Al-Furqan: Ayat 30)
Buta terhadap al-Quran akan menyebabkan umat Islam menghadapi penyakit umat terdahulu iaitu mereka tidak membaca kitab-kitab Taurat dan Injil kecuali untuk angan-angan belaka.
Firman Allah, maksudnya: "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (taurat), kecuali angan-angan belaka."
(Al-Baqarah: Ayat 78)
Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya tentang fitrah kemanusiaan dan sosial.
Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lantas al-Quran yang menjadi sumber kekuatan umat bertukar menjadi beku dan diawet dalam lipatan sejarah. Hal ini disebabkan world view yang terbina dalam pemikiran kita semenjak kecil bahawa al-Quran tidak perlu ditampilkan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menghadapi saat-saat kematian, menziarahi kubur atau dibaca untuk menghiburkan orang-orang yang sakit tenat, selaku bacaan yang menjadi permainan mulut. Akibatnya umat Islam tidak mampu lagi berurusan dengan al-Quran secara terbaik.
Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh yang demikian, tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami, membuat penelitian dan percubaan serta mengetahui motif-motif dan sebab musabab sesuatu. Skopnya perlu diperluaskan hingga untuk mengetahui masa hadapan.
Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya kamu mengetahui kebenaran berita al-Quran setelah beberapa waktu."
(Sad: Ayat 38)
Tuntutan al-Quran yang paling penting kini ialah melihat 2kesyumulan dan kesepaduan perspektif al-Quran terhadap hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam. Sementara itu, tafsir bertema merupakan aliran tafsiran baru yang dapat menonjolkan matlamat Islam. Muhammad al-Ghazali berpendapat tafsir bertema ialah menggarap sesuatu surah dengan seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh dan menghubungkaitkan kesepaduan serta kaitan bahawa awalnya ialah pengantar dan penghujungnya ialah kebenaran kepada pengantar. Ia mengumpul dan menyusun kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan sesuatu tema untuk melihat bagaimana al-Quran menangani konsep secara padu dan utuh. Tafsir bertema dapat mengemukakan alternatif dan menonjolkan matlamat dan 3maqasid al-Quran. Ia juga mampu mengemukakan 4manhaj dakwah dan 5islah menurut perspektif al-Quran yang sebenar. Di samping itu, metode tafsir yang paling ideal untuk membimbing manusia mengenal pelbagai petunjuk yang terkandung dalam al-Quran.
Sepatutnya umat Islam bukan sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga hendaklah 6tadabbur seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka membaca, meneliti, memahami dan melaksanakan suruhan al-Quran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah Saidina Umar bin Abdul Aziz mengulangi ayat 22-24 surah al-Saffat sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil menangis kerana terkenang jikalau dia termasuk antara orang yang dihumban ke dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini.
Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas mengenai sikap umat Islam terhadap al-Quran dengan katanya "Sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang telah kering airnya atau piala yang disumbat mulutnya." Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting supaya menghasilkan 7izzah yang selama ini telah hilang di tangan umat Islam.
Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak daripada prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan akal dan jasad untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya. Revolusi itu akan membebaskan akal insani dan kemanusiaan daripada perhambaan yang dicipta oleh orang-orang yang menganggap dirinya memiliki sifat 8rububiyyah. Revolusi kemanusiaan semacam itu hanya mungkin terjadi melalui prinsip al-Quran. Al-Quran merupakan lambang dan suntikan kepada revolusi dalaman untuk membina umat yang mulia.
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Manusia berkata, "Kami hendak mengambil berkat dari al-Quran." Apakah itu berkat? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini.
Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran."
(Sad: Ayat 29)
Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura tetapi tidak beramal dengannya, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra' tetapi tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam. Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu, perlulah kita bermuhasabah interaksi kita dengan al-Quran dengan menghayati falsafah penurunannya, konsep dan metode penafsiran terkini sebagai panduan dalam kehidupan manusia.
Friday, August 27, 2010
Kelebihan-kelebihan
QIAMULLAIL
Perkataan Qiamullail itu tidak asing lagi bagi masyarakat Islam. Qiamullail bereti bangun malam untuk beribadah kepada Allah. Ibadah-ibadah itu seperti sembahyang sunat, bertasbih, berdoa, bertaubat, berzikir dan memuji dan memperakui kebesaran Allah s.w.t.
Bangun beridah di malam hari adalah perintah Allah s.w.t.
Firman Allah :
Ertinya : "Dan sebahagian daripada malam sujudlah kamu kepada-Nya (Allah) dan berbaktilah kepada-Nya di malam yang panjang." Surah Al Insan : 26
Firman-Nya lagi :
Ertinya : " Dan sebahagian daripada malam hendaklah kamu sembahyang tahajud, sebagai sembahyang untukmu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat akan kamu ke satu tempat yang terpuji."
Surah Al Israk : 79
Ada juga pendapat menyatakan barang siapa dapat menjadikan Qiamullail sebagai amalan hidupnya, maka wajahnya akan berseri-seri di dunia dan akhirat. Orang yang melazimkan dirinya bangun beribadah di tengah
malam ini juga, Allah akan mempermudahkan urusan hidupnya. Jiwanya menjadi tenang dan lapang.
Dalam riwayat yang lain, menyatakan barang siapa dapat menjadikan sembahyang tahajud itu sebagai amalan hidupnya, maka di akhirat kelak Allah akan sediakan untuknya kuda putih yang boleh terbang. Dan banyaklah lagi kelebihan-kelebihan bagi orang yang dapat bangun beribadah di waktu malam. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang-orang yang berjaya yang menghidupkan malam-malam dengan beribadah kepada Allah.
Ertinya :
"Berzikirlah kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian. "
Surah Al-Baqarah : 152
Dari Aisyah r.a :
Ertinya : "Daripada Aisyah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengak kedua kakinya."
TATATERTIB TIDUR
yang memudahkan bangun
MALAM BERIBADAH
Ketahuilah, bahawa tatatertib ketika hendak tidur juga boleh membantu memudahkan kita bangun beribadah di malam hari.Oleh itu di sini dinyatakan tatatertib tidur yang baik yang dianjurkan oleh Islam.
Di antaranya ialah :
- Hendaklah berwuduk dan bersugi sebelum tidur.
- Orang yang ingin mewasiatkan sesuatu untuk keluarganya,maka jangan sampai tertidur. Terlebih dahulu tuliskan wasiat itu dan disimpan di bawah kepalanya, kerana tidak mustahil ia boleh mati ketika tidurnya.
- Sebelum tidur hendaklah bertaubat dari dosa-dosa yang telah kita lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Bersihkanlah hati dari niat-niat jahat terhadap semasa kaum muslimin dan berazam tidak akan melakukan maksiat bila bangun dari tidur nanti.
- Jangan cerewet mengenai tempat tidur, tidur saja dimana yang sesuai.
- Jangan tidur selagi mata belum benar-benar mengantuk. Jangan dipaksa mata untuk tidur kecualilah dengan tujuan supaya mudah bangun malam untuk beribadah
- Hendaklah tidur mengadap kiblat,jangan membelakangkan kiblat.
- Bacalah ayat-ayat al-Quran ketika hendak tidur. Antaranya seperti surah Al Ikhlas sekali,Al Falaq sekali dan surah An Nas sekali. Sesudah baca, semburkan (tiupkan) kedua-dua tapak tangan lalu disapukan ke muka dan keseluruh badan. Kemudian baca pula ayat Qursi, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33kali dan Allahuakbar 33kali.
- Ingatkanlah ketika mahu tidur itu, tidur itu seolah-olah mati.
- Pasanglah niat ketika mahu tidur itu, seperti "aku tidur ini kerana Allah dan aku hendak bangun beribadah tengah malam nanti."
- Setelah terjaga dari tidur, maka bacalah doa ini :
Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepadaNyalah
kami akan dikembalikan.
Tempat dan Waktu
MUSTAJAB BERDOA
- Waktu antara azan dan iqamah.
- Ketika saat-saat genting/kecemasan.
- Ketika sujud dalam sembahyang.
- Ketika perang Fi Sabilillah.
- Ketika hujan lebat mula turun.
- Pada malam-malam bulan Ramadhan.
- Pada malam Lailatul Qadar.
- Ketika wukuf di Arafah-9 Zulhijjah.
- Ketika sedang melontar jamrah - 10-13Zulhijah.
- Ketika sedang tawaf di kaabah.
- Di Multazam - depan pintu Kaabah.
- Di Maqam Ibrahim - dalam Masjidil Haram.
- Di atas Bukit Safa - Mekah.
- Di atas Bukit Marwah - Mekah.
Sebab-sebab
DOA TIDAK MAKBUL
Berkata Ibrahim Adham (seorang wali Allah) :
Sebab doa kamu tidak dimakbulkan oleh Allah ialah kerana :
- Kamu mengenal Allah (mengaku Allah itu Tuhan) tetapi kamu tidak menunaikan hakNya;
- Kamu sangka kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tidak mengikut sunnahnya (perjalanan hidupnya);
- Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarnya;
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya;
- Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya, bahkan kamu mengikut kehendaknya;
- Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya;
- Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak gentar menghadapinya;
- Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya;
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan keaiban (keburukan) orang lain, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri;
- Kamu pernah kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.
Wednesday, August 25, 2010
Kuatkan Semangat !
Kuatkan Semangat ! Opppss!! Awal lagi nak ucap selamat hari raya…..Baru hari ke 15, emmm.. jgn tergoda dengan ucapan ini ya…hehe..^_^..maaf..
Lama sangat ana tak edit blog, maklumlah sibuk ke clas..sibuk dengan activity malamnya di bulan Ramadhan ini.
Alhamdulillah bersyukur ana ke hadrat Allah SWT kerana di panjangkan umur sehingga masih lagi dapat berpuasa pada hari ke 15 ini. Semoga Allah panjangkan lagi umur ana untuk menghadapi bulan Ramadhan ini dan Ramadhan-Ramadhan yang akan datang..amin..
Ana masih lagi di Ipoh, tak sempat lagi nak balik kampung berbuka dengan family ana. Bagaimanalah keadaan mak,abah n adik-adik ana di sana..ana doakan semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa. Bukan ana tak nak balik, tapi masa tak mengizinkan . Pada minggu lepas ana dijemput untuk sama-sama berbuka puasa bersama alumnai-alumnai Persatuan Siswa-Siswi Islam, jadi rasanya inilah cara untuk mengenali bekas-bekas pelajar yang dahulunya berjuang dan bersusah payah untuk menengakkan Syiar Islam di bumi PUO ini. Selesai berbuka puasa , agenda di teruskan dengan ‘solat tarawih’ bersama. Semuanya di Pusat Islam PUO.Setelah itu baru lah activity slideshow i-i yang lama-lama ditayangkan. Banyak ambil dekat Fb bekas-bekas pelajar..hehehe ..‘pengtahuan umum ajer yer..’Emm..Kemudian sesi ta’ruf mereka…wah..ramai yang dah berjaya, berumahtangga..,dan emm yang paling hebat lagi…semangat mereka tetap TEGUH dan KUKUH untuk memperjuangkan Islam walau dimana berada… Syukran…
Insya-Allah minggu depan ana balik sama ada hari khamis atau hari jumaat, bergantung pada clas.. Yang pasti hari jumaat clas pagi 2 jam lepas tu boleh BALIK….!! Hu yeee… sebab cuti semester bermula…selama 2 minggu. Hehe…Rindu sangat-sangat kat mak abah adik-adik semua..sampai terbawa-bawa dalam tidur ana.
Sempat lagi ana nak terawih dengan mak abah and adik-adik balik minggu depan ..eemm surau kat kampung… ana terdengar-dengar laungan selawat ke atas Nabi.. “Ya Allah indahnya ISLAM …”
“Ya Allah kuatkanlah aku untuk beribadat kepada –Mu , Jadikanlah aku anak yang soleh dan pasaangku pasangan yang soleh..Amin Ya Robbal A’lamin…”
Friday, August 20, 2010
CERIAKAN HARI JUMAAT
Wednesday, August 18, 2010
ROH RAMADHON
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum warahmatullah.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Syukur Alhamdulillah..kerana chaya d'hearty masih lagi diberi kesempatan berpuasa pada tahun ini dalam bulan yang penuh rahmat, penuh barakah, bulan penuh ibadah untuk sama-sama rebut pahala dan ganjaran dari Allah . Pada siangnya kita berpuasa dan malamnya kita bertarawih, bertadarus Al-Quran...Masya-Allah peluang yang Allah beri kepada kita "Umat Nabi Muhammad merasai bulan Ramadhon ,selawat dan salam keatas Nabi" kerana pada zaman nabi-nabi dahulu, tidak merasa bulan Ramadhon melainkan kita umat Nabi Muhammad. Betapa beruntungnya kita...
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhon yang bermaksud :
"Siapa yang menghidupkan malam Ramadhon dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. " (Riwayat Bukhari, Muslim,Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad & Baihaqi)
"Siapa yang menghidupkan malam Ramadhon dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.."
( Riwayat Al-Bukhari )
Keistimewaan RAMADHAN
- Sepuluh malam terawal mendapat rahmat,
2 Perkara Yang Mesti Kita Buat :
- Sepanjang Ramadhan ini kita mintalah pada Allah untuk masuk syurga..
- Sepuluh malam pertengahan menuju maghfirah, dan
- Sepuluh malam terakhir mencapai pemeliharaan dari api neraka.
Dalam Bulan Ramadhan ini ada dua benda amalan yang Allah Redho :
- Istighfar : beristghfarlah banyak-banyak pada bulan Ramadhan ini kerana apa??
2. Kalimah La ilaha illallah : bermaksud " tiada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah."
Saturday, August 14, 2010
Stress Management Tips from the Quran
Wednesday, August 11, 2010
1 Ramadhan
Hari ini 11/08/2010 adalah hari pertama berpuasa pada bulan Ramadhan.Sama-samalah kita bersyukur kerana dapat menikmati bulan ibadah ini yang penuh maghfirah dan barakah...
Tuesday, August 10, 2010
Empat Tuntutan
Rasulullah SAW telah mengariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :
- Melazimkan bacaa kalimah taiyibah(Laa ilaha illallah)
- Beristighfar
- Memohon memasuki jannah wa a'uzubika "Allahumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."
- Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.
Monday, July 19, 2010
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. "
HIDAYAH DAN TAUFIQ
Hidayah dan taufiq adalah intan berlian yang berbentuk maknawi dan rohani. Ia adalah berharga seperti juga intan berlian bersifat maddi:
(1.) Siapa yang memilikinya dianggap kaya dan mulia.
(2.) Siapa yang memiliki intan berlian rohani, ia merupakan orang kaya Tuhan. Ia telah mendapat segala-galanya.
(3.) Siapa yang memilikinya, hidupnya terpimpin, akhlaknya mulia, syariatnya terjaga, imannya teguh dan bercahaya dan ia menjadi orang yang berbahagia.
Perlu diingat hidayah dan taufiq seperti jugalah barang yang berharga seperti emas dan intan berlian, ini juga boleh hilang. Oleh itu kenalah jaga dan dipelihara sebaik-baiknya agar ia tidak hilang. Barang yang hilang dari kita susah untuk memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas-pulas berusaha mencarinya semula.
Kalau tidak ia akan terus hilang dari kita buat selama-lamanya. Kerana itulah Allah SWT mengingatkan kita dalam sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud:
"Wahai Tuhan kami, jangan engkau gelincirkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk dan kurniakan kami di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
BAGAIMANA MENJAGA DAN MEMELIHARA HIDAYAH DAN TAUFIQ
Agar ia kekal jadi milik kita atau tidak hilang dari kita:
(1.) Syukur nikmat Tuhan yang paling berharga ini. Kita rasakan ia adalah nikmat dan pemberian uang tidak ternilai.
(2.) Kita istiqomah mengamalkannya dengan teguh serta penuh rasa bimbang kalau Allah Ta'ala ambil semula atau kalau-kalau Allah Ta'ala tarik semula.
(3.) Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar terutama di waktu-waktu malas berbuat kebaikan dan terasa ringan untuk melakukan kemungkaran.
(4.) Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik kerana ia sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.
(5.) Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Ada pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat dan ilmunya dari masa ke semasa.
BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIQ DITARIK SEMULA
Hidayah dan taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Diwaktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula - tiada displin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba ada.
Di antara sebab-sebab hidayah dan taufiq ditarik semula:
(1.) Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinan
(2.) Derhaka dengan kedua-dua ibubapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita biarkan ibubapa tidak terurus dan terjaga. Terbiarlah kehidupan kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dia marah dan rasa tidak senang dengan kita.
(3.) Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok. Telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga takut dengan Tuhan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya.
(4.) Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Lepas itu cuai pun datang. Malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.
(5.) Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus dalam kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.
Di antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita samada tanda-tanda bersyukur itu ada pada kita dengan perkara-perkara seperti berikut:
(1.) Solat awal waktu - sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis.
(2.) Elak dari maksiat - jauhi maksiat termasuk maksiat batin mendekatkan diri kita kepada syukur tetapi sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap buat maksiat, bagaimana kita nak ada rasa syukur kalau ini masih ada pada kita?
(3.) Tidak menyukai mazmumah setelah mengenali mazmumah lebih dekat - ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina tidak tidak memikirkan mazmumah yang penting untuk di bakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan.
Friday, July 16, 2010
INDAHNYA HIDAYAH-MU
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku...
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat
jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
'Bila kan pulang?'..
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya..
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai "hawarij'nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan
jihad :
Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi...
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
'Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita........

.jpg)








