BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 18, 2010

ROH RAMADHON

Bismillahirrahmanirrahim.







Assalamu'alaikum warahmatullah.






Salam Ramadhan Al-Mubarak.


          Syukur Alhamdulillah..kerana chaya d'hearty masih lagi diberi kesempatan berpuasa pada tahun ini dalam bulan yang penuh rahmat, penuh barakah, bulan penuh ibadah untuk sama-sama rebut pahala dan ganjaran dari Allah . Pada siangnya kita berpuasa dan malamnya kita bertarawih, bertadarus Al-Quran...Masya-Allah peluang yang Allah beri kepada kita "Umat Nabi Muhammad merasai bulan Ramadhon ,selawat dan salam keatas Nabi" kerana pada zaman nabi-nabi dahulu, tidak merasa bulan Ramadhon melainkan kita umat Nabi Muhammad. Betapa beruntungnya kita...

       Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhon yang bermaksud :
         "Siapa yang menghidupkan malam Ramadhon dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. " (Riwayat Bukhari, Muslim,Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad & Baihaqi)  

         "Siapa yang menghidupkan malam Ramadhon dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.."
        ( Riwayat Al-Bukhari )

Keistimewaan RAMADHAN

  • Sepuluh malam terawal mendapat rahmat,
 

2 Perkara Yang Mesti Kita Buat :

  •         Sepanjang Ramadhan ini kita mintalah pada Allah untuk masuk syurga..
          "Ya Allah kuatkan hatiku, kuatkan tapak kakiku,untuk aku beribadat kepada-Mu, dan masukkanlah aku ke syurga ."

              



  • Sepuluh malam pertengahan menuju maghfirah, dan




  • Sepuluh malam terakhir mencapai pemeliharaan dari api neraka.



Dalam Bulan Ramadhan ini ada dua benda amalan yang Allah Redho :
  1. Istighfar : beristghfarlah banyak-banyak pada bulan Ramadhan ini kerana apa??
           Maksud istighfar ialah " Aku memohon ampun dari Allah yang Maha Agung"

   2. Kalimah La ilaha illallah : bermaksud " tiada tuhan yang berhak disembah melainkan   
           Allah."

0 ulasan: