BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 27, 2010

Kelebihan-kelebihan
    QIAMULLAIL


       Perkataan Qiamullail itu tidak asing lagi bagi masyarakat Islam. Qiamullail bereti bangun malam untuk beribadah kepada Allah. Ibadah-ibadah itu seperti sembahyang sunat, bertasbih, berdoa, bertaubat, berzikir dan memuji dan memperakui kebesaran Allah s.w.t.

      Bangun beridah di malam hari adalah perintah Allah s.w.t.
Firman Allah :
            Ertinya :  "Dan sebahagian daripada malam  sujudlah kamu kepada-Nya (Allah) dan berbaktilah kepada-Nya di malam yang panjang."  Surah Al Insan : 26


Firman-Nya lagi :
            Ertinya : " Dan sebahagian daripada malam hendaklah kamu sembahyang tahajud, sebagai sembahyang untukmu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat akan kamu ke satu tempat yang terpuji."
                 Surah Al Israk : 79


      Ada juga pendapat menyatakan barang siapa dapat menjadikan Qiamullail sebagai amalan hidupnya, maka wajahnya akan berseri-seri di dunia dan akhirat. Orang yang melazimkan dirinya bangun  beribadah di tengah
malam ini juga, Allah akan mempermudahkan urusan hidupnya. Jiwanya menjadi tenang dan lapang.

     Dalam riwayat yang lain, menyatakan barang siapa dapat menjadikan sembahyang tahajud itu sebagai amalan hidupnya, maka di akhirat kelak Allah akan sediakan untuknya kuda putih yang boleh terbang. Dan banyaklah lagi kelebihan-kelebihan bagi orang yang dapat bangun beribadah di waktu malam. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang-orang yang berjaya yang menghidupkan malam-malam dengan beribadah kepada Allah.

Ertinya :
         "Berzikirlah kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian. "
             Surah Al-Baqarah : 152
Dari Aisyah r.a :

Ertinya : "Daripada Aisyah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengak kedua kakinya."




TATATERTIB TIDUR
     yang memudahkan bangun
          MALAM BERIBADAH 


Ketahuilah, bahawa tatatertib ketika hendak tidur juga boleh membantu memudahkan kita bangun beribadah di malam hari.Oleh itu di sini dinyatakan tatatertib tidur yang baik yang dianjurkan oleh Islam.

Di antaranya ialah :

  1. Hendaklah berwuduk dan bersugi sebelum tidur.
  2. Orang yang ingin mewasiatkan sesuatu untuk keluarganya,maka jangan sampai tertidur. Terlebih dahulu tuliskan wasiat itu dan disimpan di bawah kepalanya, kerana tidak mustahil ia boleh mati ketika tidurnya.
  3. Sebelum tidur hendaklah bertaubat dari dosa-dosa yang telah kita lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Bersihkanlah hati dari niat-niat jahat terhadap semasa kaum muslimin dan berazam tidak akan melakukan maksiat bila bangun dari tidur nanti.
  4. Jangan cerewet mengenai tempat tidur, tidur saja dimana yang sesuai.
  5. Jangan tidur selagi mata belum benar-benar mengantuk. Jangan dipaksa mata untuk tidur kecualilah dengan tujuan supaya mudah bangun malam untuk beribadah
  6. Hendaklah tidur mengadap kiblat,jangan membelakangkan kiblat.
  7. Bacalah ayat-ayat al-Quran ketika hendak tidur. Antaranya seperti surah Al Ikhlas sekali,Al Falaq sekali dan surah An Nas sekali. Sesudah baca, semburkan (tiupkan) kedua-dua tapak tangan lalu disapukan ke muka dan keseluruh badan. Kemudian baca pula ayat Qursi, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33kali dan Allahuakbar 33kali.
  8. Ingatkanlah ketika mahu tidur itu, tidur itu seolah-olah mati.
  9. Pasanglah niat ketika mahu tidur itu, seperti "aku tidur ini kerana Allah dan aku hendak bangun beribadah tengah malam nanti."
  10. Setelah terjaga dari tidur, maka bacalah doa ini :  
                       "Allamdulillah hil lazi ahyana ba'da amatana wa ilaihinnusyuk. " 
Ertinya :
        Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepadaNyalah
         kami akan dikembalikan.




Tempat dan Waktu
      MUSTAJAB BERDOA


  1. Waktu antara azan dan iqamah.
  2. Ketika saat-saat genting/kecemasan.
  3. Ketika sujud dalam sembahyang.
  4. Ketika perang Fi Sabilillah.
  5. Ketika hujan lebat mula turun.
  6. Pada malam-malam bulan Ramadhan.
  7. Pada malam Lailatul Qadar.
  8. Ketika wukuf di Arafah-9 Zulhijjah.
  9. Ketika sedang melontar jamrah -  10-13Zulhijah.
  10. Ketika sedang tawaf di kaabah.
  11. Di Multazam - depan pintu Kaabah.
  12. Di Maqam Ibrahim - dalam Masjidil Haram.
  13. Di atas Bukit Safa - Mekah.
  14. Di atas Bukit Marwah - Mekah.



Sebab-sebab
     DOA TIDAK MAKBUL

Berkata Ibrahim Adham (seorang wali Allah) :
Sebab doa kamu tidak dimakbulkan oleh Allah ialah kerana :

  1. Kamu mengenal Allah (mengaku Allah itu Tuhan) tetapi kamu tidak menunaikan hakNya;
  2. Kamu sangka kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tidak mengikut sunnahnya (perjalanan hidupnya);
  3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarnya;
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya;
  5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya, bahkan kamu mengikut kehendaknya;
  6. Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya;
  7. Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak gentar menghadapinya;
  8. Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya;
  9. Kamu  bangun dari tidur lalu kamu menceritakan keaiban (keburukan) orang lain, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri;
  10. Kamu pernah kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.



0 ulasan: